Portal SIRIP (Sistem Rangkaian Informasi Perikanan) merupakan gerbang Jabatan Perikanan Malaysia dalam penawaran perkhidmatan  kepada kumpulan sasarannya.  Antara program-program perkhidmatan Jabatan yang ditawarkan menerusi portal ini seperti berikut:

  • Sistem eLatihan: Perkhidmatan pengurusan latihan-latihan dan kursus-kursus di bawah kelolaan ataupun anjuran Jabatan. Permohonan Latihan Jabatan Perikanan Malaysia boleh dibuat menerusi sistem ini untuk pengguna-pengguna yang berdaftar dengan sistem ini.
  • Sistem eLesen: Sistem eLesen adalah usaha Jabatan ke arah pengurusan dan penawaran perkhidmatan pelesenan vesel dan perkakasan menangkap ikan secara online.

Kumpulan sasaran Jabatan dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai ahli sistem ini untuk memperoleh manfaat sepenuhnya dari perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal ini.  Faedah-faedah yang diperolehi sebagai ahli portal ini termasuk:


  • Capaian kepada senarai program perkhidmatan dan bantuan yang ditawarkan oleh Jabatan.
  • Mengemukakan secara online permohonan penyertaan program.
        - Permohonan Latihan Jabatan Perikanan Malaysia
        - Permohonan Program Usahawan Industri Asas  Tani, Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Menyemak online status permohonan penyertaan program.