Sistem eLesen

Sistem eLesen: Sistem eLesen adalah usaha Jabatan ke arah pengurusan dan penawaran perkhidmatan pelesenan vesel dan perkakasan menangkap ikan secara online.

Sebagai permulaan, perkhidmatan ini termasuk penyediaan maklumat-maklumat pelesenan vesel dan perkakasan menangkap ikan serta maklumat nelayan. Langkah seterusnya adalah untuk membolehkan permohonan aktiviti-aktiviti pelesenan dibuat secara online oleh kumpulan sasaran Jabatan.