Sistem Elogbook
Pengumpulan data Logbook adalah satu elemen penting dalam membantu organisasi-organisasi tersebut mengawal aktiviti perikanan dalam memastikan sumber perikanan yang berterusan untuk penduduk dunia.
Di samping itu, data eLogBook akan membolehkan:
- Membolehkan pelaporan operasi penangkapan ikan dijalankan secara nyata (real-time) sewaktu aktiviti dijalankan, berbanding dengan amalan sekarang iaitu dilakukan apabila kembali ke jeti. Amalan sekarang tidak membantu dalam menentukan tempat sebenar ikan ditangkap
- Membantu dalam memberi laporan-laporan yang diperlukan oleh agensi-agensi di dunia seperti Indian Ocean Tuna Commision (IOTC). Ini adalah penting untuk membolehkan Malaysia mencapai pematuhan kepada piawai-piawai dunia yang telah ditentukan.
- Pihak DOF menentukan kelayakan Lesen Nelayan berdasarkan kuota yang ditentukan mengikut tahunan.
- Pihak DOF dapat membuat kajian berdasarkan data-data yang dikutip untuk menentukan strategi perikanan untuk masa hadapan.
- Pihak pemilik vesel akan dapat memantau pergerakan vesel secara berkala.
- Pihak pemilik vesel dapat melakukan persediaan di pelabuhan sebelum ketibaan vesel.