Keterangan Kursus |
Kursus ini merupakan pengenalan kepada penyakit ikan yang berpunca daripada bakteria patogen termasuk Aeromonas salmonicida dan Yersinia Ruckeri. Kursus ini meliputi teori mengenai penyakit-penyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria dan praktikal mengenai prosedur analisis Aeromonas salmonicida dan Yersinia Ruckeri. Selain itu, peserta akan didedahkan juga mengenai post mortem sampel ikan emas serta pengasingan A. salmonicida dan Y. ruckeri sehinggalah proses identifikasi bakteria yang berkaitan menggunakan API kit. |
Lokasi Kursus |
Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor (PBPS)
Kompleks Kuarantin, Jalan Pekeliling 4,
64000 Sepang
Selangor |