Papar Maklumat Kursus
Kod Kursus TLPS02/22
Kursus KURSUS PENGUKUHAN PENGURUSAN DAN PENTAKSIRAN STOK SUMBER PERIKANAN
Tahun 2022 Siri Kursus 1

Kursus Ini Berstatus : Terbuka

Maklumat Kursus   Kandungan   Penyelia & Fasilitator  
Keterangan Kursus Pengurusan perikanan bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk memastikan sumber marin dapat dieksploitasi secara mampan serta diagihkan dengan adil, malahan perlu mengimbangi keperluan kadar pengeluaran yang semakin meningkat disebabkan oleh pertambahan permintaan dalam memenuhi jaminan bekalan makanan negara. Pada masa yang sama, persekitaran marin perlu dilindungi daripada pencemaran dan kemerosotan habitat. Dalam mengimbangi keperluan eksploitasi dan konservasi di peringkat nasional, langkah-langkah pengurusan dan perancangan strategik sumber perikanan perlu dirangka dan dibangunkan supaya selaras dengan obligasi serantau dan antarabangsa seperti FAO, Sustainable Development Goals (SDG14), Convention of Biological Diversity (CBD), Coral Triangle Initiative (CTI) dan sebagainya. Pemerkasaan institusi merupakan antara langkah perancangan strategik yang wajar diberi perhatian. Isu kepakaran individu atau tacit knowledge yang tidak dapat disampaikan kerana ketiadaan medium penyampaian formal atau ketiadaan pelapis (successor) terlatih sebelum pegawai berstatus pakar bertukar portfolio atau telah tamat perkhidmatan dengan Kerajaan perlu ditangani dengan segera. Kekurangan pemahaman dan kemahiran tentang konsep pengurusan sumber perikanan akan menyukarkan pegawai perikanan menentukan dasar yang menepati keperluan pengurusan semasa. Manakala, kekurangan pemahaman dan kemahiran terhadap aspek teknikal pentaksiran stok sumber menyukarkan pegawai penyelidik menjalankan kajian dan mentafsirkan dapatan kajian yang akan digunakan bagi menyokong pembangunan dan pelaksanaan dasar perikanan. Dokumen Pelan Pengurusan Perikanan (FMP) akan selesai dibangunkan pada tahun 2022 berasaskan data perangkaan dan saintifik terkini. Kelemahan teknikal sumber manusia dalam skop pengurusan sumber dan penyelidikan perikanan akan menjadi suatu kekangan terhadap kejayaaan pelaksanaannya dalam RMKe-12 dan RMKe-13.
Lokasi Kursus THE GRAND BEACH RESORT PORT DICKSON THE GRAND BEACH RESORT, 5TH MILE, JALAN PANTAI, 71050 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN 71050 PORT DICKSON Negeri Sembilan
Tarikh Buka Permohonan 24-09-2022 Tarikh Tutup Permohonan 18-10-2022
Tarikh Mula Kursus 18-10-2022 Tarikh Tamat Kursus 20-10-2022
Masa Mula Kursus 0800 Masa Tamat Kursus 1700